Terkini- Bayi Maut Selepas Ibu Terlupa Anak Tertinggal Dalam Kereta

0
149
views

BAYI perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 9 pagi, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.
Katanya, sebaik meletakkan kereta Proton Saga, dia terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.
Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya, tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.
Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson,” katanya.
Polis meninggal diserang sawan
PANGGILAN telefon bimbit dibuat rakan setugas tidak berjawab membawa kepada penemuan mayat seorang anggota polis di rumah sewanya di Taman Pinggiran Bayu, Mantin, Nilai, petang semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata,
Koperal Che Mohd Zulzianie Che Abd Rahim, 32, dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ditemui meninggal dunia akibat menghidap sawan kronik, 6.45 petang.
Katanya, beberapa rakan sepasukan menghubunginya 4.30 petang berikutan arwah sepatutnya hadir perlawanan bola sepak mewakili kelab sukan IPD terbabit.
Curiga panggilan telefon tidak berjawab, rakan setugas memberitahu adik lelaki arwah yang tinggal di Sepang, Selangor supaya memeriksa di rumah.
Adik arwah yang tiba di rumah terpaksa memecahkan pintu sebelum menemui abangnya terbaring dalam sebuah bilik.
Polis dan pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan anggota berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan jenazah dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan hari ini.
The post Terkini- Bayi Maut Selepas Ibu Terlupa Anak Tertinggal Dalam Kereta appeared first on PisangDaily.
Source: Pisang Daily

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here