‘Terdengar Suara Garau Lelaki Sedang Gelak Tiba-Tiba..’

0
12
views

Kewujudan makhluk bernama jin tidak perlu disangkal kerana di dalam Al-Quran pun ada menjelaskan akan wujudnya makhluk-makhluk ini. Walau bagaimana pun, Allah SWT telah membataskan penglihatan kita untuk melihat kewujudan mereka.
Seperti perkongsian ustaz ini apabila pesakitnya mengadu masalah kulit. Namun apabila diperiksa rupa-rupanya gangguan jin.

Terdengar suara garau

Semalam ada rawat seorang pesakit lelaki yang mempunyai masalah kulit. Seperti biasa sebelum ruqyah ada sedikit sesi kaji selidik pada pesakit. Saya tanya beliau macamana boleh jadi begini? Pesakit ni bagi tahu dia ada tidur di sebuah hotel. Ketika hendak tidur dia terdengar suara garau (lelaki) sedang gelak dan tak lama selepas itu badanya gatal2 seperti gambar dibawah. Saya nak bagi nasihat sedikit pada anda. Apabila anda bercuti tak kira di mana sekalipun samada bermalam di hotel, resort atau pun homestay sebaiknya suami/lelaki masuk dahulu.
Masuk bagi azan dulu

Isteri dan anak-anak tggu dulu di luar. sebelum masuk bagi salam dan azan dahulu di dalam rumah/hotel tersebut. Insya Allah sekiranya ada sesuatu makhluk halus (jin) yg menumpang di kediaman tersebut dengan laungan azan pasti ai akan keluar. Jika ada air yasin dan di spray di dalam rumah/hotel tersebut lagi Bagus. Sedikit nasihat dari saya. Semoga memberi manfaat kepada semua. Beringat sebelum kena. Insya Allah
Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur
Sumber : Norazri
Source: Oh Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here