Tahniah! Elfira Loy Akhirnya Kongsi Gambar Pertunangan Di Instagram

0
27
views

Tahniah diucapkan kepada pelakon Elfira Loy kerana selamat bertunang dengan jejaka pilihan, Faris Khairol Anuar.
Mereka dipercayai sudah mengikat tali pertunangan pada 2 September lapor mStar Online.
Pada awal bulan ini, dilaporkan satu majlis merisik dan bertunang secara tertutup diadakan di kediamannya yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur.
Namun tiada pihak mengesahkannya termasuklah ahli keluarga.

Namun hari ini, Elfira akhirnya berkogsi dengan orang ramai detik-detik bahagia pada hari tersebut di Instagram miliknya.

“Instagram telah menjadi album digital saya sejak dulu lagi. Saya berkongsi apa yang saya suka, apa yang saya sayangi, dan saya ingin menyatakan hampir semua perkara di sini.
“Kerana, bagi saya ini ruang peribadi saya sehingga orang tidak boleh menyerang. Apa pun yang saya kongsi adalah dari hati & anda akan merasa dekat dengan saya secara peribadi. Walau bagaimanapun, saya tahu setiap orang ada pendapat dan saya menghormatinya.
“Tetapi, saya mahu ruang itu kembali. Dengan itu, saya berkongsi dengan anda salah satu gambar kegemaran saya tahun ini. Saya benar-benar gembira, terharu dan tersentuh.
“Apa yang terbuku di dalam hati, biarlah disimpan di hati. Kerana hati, sudah dimiliki,” tulisnya.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepadanya. Elfira kelihatan begitu cantik dengan persalinan berwarna merah jambu.
Semoga hubungan ini terus ke jenjang pelamin. Doakan yang baik-baik untuk mereka! –KLICK.MY
The post Tahniah! Elfira Loy Akhirnya Kongsi Gambar Pertunangan Di Instagram appeared first on KLICK.MY.
The post Tahniah! Elfira Loy Akhirnya Kongsi Gambar Pertunangan Di Instagram appeared first on PisangDaily.
Source: Pisang Daily

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here