Stephen Hawking Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun

0
93
views

PROFESOR Stephen Hawking telah meninggal dunia pada usia 76 tahun, kata jurucakap keluarga mendiang.
Dalam satu kenyataan oleh anak-anak kepada Hawking, iaitu Lucy, Robert dan Tim berkata mereka sangat sedih atas kehilangan ayah mereka.

“Kami sangat bersedih dengan pemergian ayah kami hari ini.
“Dia merupakan seorang saintis dan lelaki yang luar biasa yang mana legasinya akan terus berkekalan  pada tahun-tahun mendatang.
“Keberanian, ketekunan dengan kebijaksanaan dan humornya memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia,”  kata anak-anaknya.

Hawking merupakan salah seorang ahli fizik teori yang terkemuka di dunia.
Walaupun mengalami ketidakupayaan yang kekal, kelumpuhan dari leher ke bawah yang diakibatkan oleh penyakit neuron motor, Hawking telah lama mencapai kerjaya yang menakjubkan dan kini merupakan salah seorang ahli akademik yang termasyhur.–KLICK.MY
The post Stephen Hawking Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun appeared first on KLICK.MY.
The post Stephen Hawking Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun appeared first on PisangDaily.
Source: Pisang Daily

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here