Sherry Ibrahim Bengang, Perunding Perkahwinan Fattzura Dakwa IG Digodam

0
22
views

KELMARIN berakhirnya majlis persandingan gilang-gemilang yang terakhir buat pasangan selebriti, Fattzura yang dianjurkan khas buat peminat mereka.
Namun dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita pelakon Sherry Ibrahim yang bengang dengan perunding perkahwinan Rekateemor yang mengaitkan Sherry dengan persandingan pasangan itu media sosial.

Umum mengetahui Sherry merupakan salah seorang bekas kekasih Fattah Amin namun semuanya sudah berakhir dengan baik dan Sherry sudah tiada kena mengena lagi dengan aktor itu.
Berikut kenyataan Sherry yang dikongsikan di Instagram:

First of all i DON’T even know them and This happened on my video that i’d posted last night THIS remarks has led into public / cyber harassment (cyber bully) and open for the RISK and DISRESPECTFUL. KINDLY EXPLAIN TO ME BEFORE I PURSUE FURTHER ACTION @rekateemor
A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on Mar 12, 2018 at 6:41pm PDT

Memang jelas kelihatan  tidak profesional apabila perunding perkahwinan menulis komen sebegitu tanpa motif yang kukuh.
Tidak menunggu lama, Rekateemor turut memberi kenyataan balas menjelaskan kekeliruan tersebut, mereka mendakwa Instagram perniagaan mereka telah digodam seseorang yang meninggalkan komen  tidak sepatutnya.
Menurut perunding perkahwinan tersohor itu ada pihak yang cuba merosakaan imej mereka di dunia siber dengan berbuat demikian.

Someone trying to tarnish Reka Teemor’s image in cyber world by hacking into our business account and spreading unnecessary comments.
A post shared by FAIZ & MUMTAZ (@rekateemor) on Mar 12, 2018 at 8:40pm PDT

Persoalannya siapakah dalang di sebalik persengketaan ini, tak baik melaga-lagakan orang, akibatnya berlaku buli siber, kecam-mengecam dan pelbagai perbuatan negatif lagi. –KLICK.MY
The post Sherry Ibrahim Bengang, Perunding Perkahwinan Fattzura Dakwa IG Digodam appeared first on KLICK.MY.
The post Sherry Ibrahim Bengang, Perunding Perkahwinan Fattzura Dakwa IG Digodam appeared first on PisangDaily.
Source: Pisang Daily

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here