Mia Ahmad kongsi Berita Kehamilan Kali Kedua Selepas Keguguran Beberapa Bulan Lalu

0
21
views

Pelakon yang pernah popular dengan siri drama ‘Hati Perempuan’, Mia Ahmad telah berkahwin pada 13 Januari 2017 dengan penjaga gol bola sepak Johor Darul Takzim, Mohd Izham Tarmizi.
Terbaru, Mia Ahmad telah berkongsi berita gembira bersama peminat tentang kehamilannya melalui satu status di instagramnya malam tadi.
‘Terpaksa tolak tawaran kerja atas faktor kesihatan..’

Dalam pada itu, Mia Ahmad memohon maaf kerana terpaksa menolak beberapa tawaran kerja dari pelbagai pihak diatas sebab kesihatan dan kesejahteraan dirinya pada masa tersebut.
‘Pernah keguguran beberapa bulan lalu’

Mia Ahmad mengesahkan bahawa dia pernah keguguran beberapa bulan yang lalu dan mengakui kerisauannya untuk berkongsi tentang kehamilannya pada kali ini.
‘Tahniah dan semoga dipermudahkan’

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan sepanjang kehamilan Mia Ahmad pada kali ini. Tahniah juga dari admin buat Mia Ahmad dan suami! Semoga semua berjalan dengan lancar.
Credit: Mia Ahmad
Source: Oh Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here