Lokasi Insiden Langgar Tali Pancing Di Luar Penyelenggaraan DUKE

0
15
views

Baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki berkongsi pengalamannya melanggar tali pancing di Lebuhraya DUKE. Kejadian tersebut mengakibatkan beliau tercedera dibahagian leher akibat permukaan tali pancing yang kasar.
Artikel berkaitan: Tali Pancing ‘Makan’ Leher..
Terbaru, pemegang konsesi Lebuhraya DUKE, Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI) tampil memberi maklum balas mengenai kejadian tersebut menerusi Harian Metro.

Diluar had penyelenggaran

KESTURI mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian tersebut berlaku diluar kawasan had penyelenggaraan Lebuhraya DUKE.

Memetik laporan akhbar tempatan, kejadian membabitkan mangsa berusia 22 tahun itu didakwa berlaku 6.30 petang di persimpangan susur keluar dari Lebuhraya DUKE menuju ke Taman Rowther dan Taman Koperasi Polis Fasa 1, Gombak, di sini.
Justeru, KESTURI menegaskan bahawa insiden berkenaan berlaku di luar kawasan had penyelenggaraan Lebuhraya DUKE dan kes itu sudah dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan yang terbabit untuk tindakan lanjut

Memandang serious

Unit Perhubungan Awam DUKE turut mengeluarkan kenyataan bahawa, mereka memandang serius dengan kejadian tersebut dan akan bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menangani masalah tersebut berulang lagi.
Kami tampil bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung kes membabitkan seorang penunggang motosikal yang tular di laman sosial selepas dilaporkan terlanggar tali pancing di lebuh raya ini pada Isnin lalu.
Tiada unsur jenayah

Menerusi laporan terbabit, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata insiden tersebut tidak mempunyai sebarang unsur jenayah berdasarkan siasatan yang telah dijalankan.
Sumber: Harian Metro
Source: Oh Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here