Elly Mazlein Nafi Besarkan Payudara, Hanya Bengkak Susu

0
165
views

PELAKON dan juga penyanyi, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom menyangkal dakwaan mengatakan dia membesarkan payudaranya.
Menurutnya, payudara yang dimilikinya adalah asli tanpa sebarang pembedahan atau ubah suai. Ia  kelihatan besar disebabkan masih bengkak kerana menyusu badan untuk anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

“Payudara saya asli. Saya tidak melakukan apa-apapun apatah lagi pembedahan. Sebenarnya ia nampak besar kerana saya diberikan rezeki untuk mempunyai susu badan dan Alhamdulillah sampai sekarang anak saya masih menyusu badan,” katanya.

Sekiranya aset yang dimilikinya itu dianggap sebagai simbol seks oleh pihak tertentu dia tidak mempedulikannya.

“Saya tidak boleh menutup mulut orang dari bercakap macam-macam. Malah, saya juga bukan jenis yang cepat melatah dengan kritikan netizan,” tegasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu karier seninya, Elly akan bergandingan dengan penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni untuk mengendalikan program realiti Mentor Otai yang akan bersiaran di TV3, Ahad ini, 9 malam. –KLICK.MY
Sumber: mStar Online / HM Online
The post Elly Mazlein Nafi Besarkan Payudara, Hanya Bengkak Susu appeared first on KLICK.MY.
The post Elly Mazlein Nafi Besarkan Payudara, Hanya Bengkak Susu appeared first on PisangDaily.
Source: Pisang Daily

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here