Apa rupa rumah idaman korang? Survey ni mungkin boleh jadikan impian korang kenyataan

0
30
views

Zaman sekarang ni, kalau nak cari rumah sewa, mesti dapat harga yang bukan main mahal. Pastu kalau jumpa rumah yang harga berpatutan pulak, ada masalah lain macam bilik air tak cukup, barang rumah tak termasuk, dan lain-lain. Ni semua pon tak kira lagi harga rumah yang kita sendiri memang tak mampu beli! Kalau ada yang okay pun, rumah tu mesti jauh dari tempat kerja. Korang balik kerja pon rasa macam balik raya.
Kalau kena duk dalam kereta lebih dari 10 jam seminggu, baik terus jadikan rumah je. Imej dari The Star.
Malah, bukannya kitorang je yang cakap ni! Baru-baru ni, Bank Negara mengeluarkan laporan yang mengatakan harga rumah-rumah kat Malaysia “sangat tidak mampu untuk dimiliki” walaupun dibandingkan dengan standard antarabangsa. Laporan itu juga memberi cadangan menangani masalah kepada badan-badan kerajaan serta pihak-pihak berkaitan yang lain.
Tapi untuk rakyat marhaen macam kita ni…
Kitorang kini boleh cadangkan rumah impian kita kepada pemaju!
Biar betul ni. Klik untuk cipta rumah idaman korang!
Untuk membantu rakyat Malaysia membina rumah idaman kita, pemaju hartanah S P Setia telah melancarkan inisiatif MYHOME bersama dengan syarikat simen terbesar Malaysia, Lafarge, dan laman web hartanah EdgeProp.my. Sempena ini, diorang telah mengeluarkan survey untuk mengkaji rumah ideal untuk orang ramai yang kemudiannya akan dibina oleh S P Setia. 
“Lafarge bercita-cita untuk membina dengan lebih baik melalui inisiatif yang bertujuan untuk mewujudkan rumah yang ideal bersama dengan rakyat. Rumah kami adalah pelaburan kewangan terbesar seumur hidup untuk majoriti kami. Lebih penting lagi, di sinilah kami melabur masa, tenaga dan semangat untuk menjadikannya tempat tinggal bagi orang yang kita cintai.” – Thierry Legrand, Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge Malaysia.
Apa punya rumah impian… jamban pon tak tau kat mana. GIF dari Giphy.
Survey yang akan dijalankan sehingga 31 Mac depan ini terdiri daripada tiga segmen iaitu kajian, reka bentuk, dan binaan. Daripada soalan-soalan survey ini, diorang akan cuba mendapatkan ciri-ciri rumah idaman rakyat Malaysia sama ada korang nak duduk istana ataupun pangsapuri. Antara kriteria rumah idaman yang akan dinilai termasuklah kemampuan, jarak dengan kemudahan awam, keselamatan dan lain-lain.
Kemudian, penemuan daripada survey ni akan dikumpul dan dianalisis, dan satu contoh rumah idaman rakyat Malaysia akan dibina oleh S P Setia di Setia Ecohill kat Semenyih berdasarkan jawapan-jawapan yang diterima.
“Kami tidak mempunyai sebarang prasangka mengenai rumah ini. Kami serahkannya kepada rakyat Malaysia dan berharap dapat memahami impian dan aspirasi mereka.” – Au Foong Yee, Ketua Pengarang EdgeProp.my.
Ambik kau, nak pancing kat tasik sebelah rumah pon boleh. Asalkan takda nyamuk sudah. Imej dari Propsocial.
Rumah yang akan dibina oleh S P Setia bersama dengan Feruni, Lightcraft, Nippon dan Panasonic ini pula akan dijual di pasaran secara terbuka. Ini merupakan kali pertama inisiatif seperti ini pernah dilancarkan.
“Kami akan mengkaji keputusan survey ini dan mula membina prototaip atau rumah contoh dan terus melibatkan pembeli. Kemudian, kami akan melancarkan fasa pertama rumah dan jika respons itu baik, kami akan terus membina lebih lagi.” – Datuk Khor Chap Jen, Presiden S P Setia.
Jadi… tunggu apa lagi? Binalah rumah idaman korang sekarang!
Korang boleh klik kat sini atau gambar dibawah untuk lawati survey MYHOME Lafarge-EdgeProp. Jangan lepaskan peluang – tarikh tutup survey ni adalah 31 Mac nanti!
Lepas habis jawab survey, korang akan diberi ganjaran melalui kod diskaun untuk pembelian produk-produk Lafarge seperti plaster tampal dinding, alat-alat elektronik Panasonic, dan macam-macam lagi. Selain tu, korang juga boleh dapat rebate dalam mana-mana hartanah S P Setia yang terpilih!

Source: Sos Cili

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here