5 perkara yang China pernah haramkan kat internet, selain daripada Google

0
24
views

Korang boleh bayangkan tak, kalau Perdana Menteri Malaysia sekarang ni diberi mandat untuk memerintah negara kita seumur hidup? Macam-macam benda boleh terjadi, kan? Macam tu juga la apa yang terjadi kat China sekarang ni.
Presiden China, Xi Jinping. Imej dari bloomberg
Mao pun dulu pernah memerintah seumur hidup, dan apa yang jadi ialah Revolusi Kebudayaan Mao 1960-an tu dah menyebabkan banyak kematian rakyatnya. Jadinya untuk elakkan perkara sama terjadi, Deng Xiaoping, ahli politik dan revolusioner China pun gubal undang-undang pada 1982.
Pindaan perlembagaan tu hanya membolehkan presiden diberi dua hingga 10 tahun je untuk memerintah negara tu. Tapi sayangnya lepas lebih 30 tahun, undang-undang tu nampaknya akan bertukar balik kepada pemerintahan seumur hidup Presiden Republik Rakyat China dan Setiausaha Agung Parti Komunis China sejak 2012, presiden Xi Jinping. 

Bulan lepas, usul tu dibentangkan dan dapat sokongan kuat dari Parti Komunis China (PKC), iaitu satu-satunya parti di Negara Tembok Besar itu. Lepas tu, usul ni dibawa ke Kongres Rakyat China baru-baru ni. Ye la, takde pihak pembangkang, lepas tu siapa pulak yang nak membangkang?
Ahli kabinet China. Imej dari economist.com
Rakyat la yang membangkang secara senyap! Disebabkan dia nak kekalkan kuasanya sebagai pemerintah, dia pernah mengharamkan pelbagai benda yang bunyinya macam tak masuk dek akal, contohnya macam…
1. Haramkan watak Winnie The Pooh dalam internet
Kalau korang membesar tahun 80-an hingga 90-an, korang mungkin kenal betul dengan watak seekor beruang gendut berbaju merah ni. Winnie The Pooh adalah watak dalam cerita kanak-kanak pada tahun 1966, hasil penulisan AA Milne dari London.
Tapi, nampaknya watak Pooh ni pernah diharamkan di China pada tahun 2013. Sebabnya, ramai yang gunakan watak ni untuk samakan dia dengan Xi Jinping disebabkan muka dorang yang hampir… sama?
Sama tapi tak serupa. Imej dari BBC
Kenapa Winnie The Pooh? Bukan saja sebab ramai orang buat meme pasal presiden dorang, tapi nampaknya netizen dari China sendiri gunakan nama samaran yang dicipta bila nak cakap something buruk pasal Presiden Xi Jinping.
Malah, masa China tengah kecoh pasal kes jawatan presiden seumur hidup ni beberapa minggu yang lepas, rakyat China nampaknya sempat buat meme sebelum ianya dibanned, dan disiarkan dalam Twitter orang lain (bukan dari China).
“Saya dah siarkannya sebelum ni tapi ia dah ditapis dalam masa 13 minit je. Jadi, saya akan siarkannya semula”. Imej dari twitter.com
Tapi nampaknya last-last, pemantau aktiviti web ni dapat tahu dan apa lagi, buat report dan banned terus perkataan tu. Malah kalau korang dekat China sekarang dan cuba search ‘Winnie The Pooh”, akan ada satu kotak mesej yang bertulis,
“Menurut undang-undang, peraturan dan dasar yang berkaitan serta hasil carian tidak dipaparkan”.
Kesian, Shinzo Abe pun terkena juga. Imej dari whatsonweibo
2. Netizen China dipenjarakan sebab panggil presiden ‘Xi the Bun’
Selain Pooh yang gebu-gebas tu, salah satu benda lain yang tak boleh dibincangkan secara terbuka adalah ‘baoxi’, atau roti kukus atau pau yang juga disamakan dengan dia.
Selain gebu, dia juga nampak hot. Imej dari chinasichuanfood.com
Nama tu start jadi perbualan bila Xi Jinping buat lawatan mengejut ke sebuah restoran di Beijing, dan order roti kukus ni. Banyak feedback baik dalam beberapa laman web yang mengatakan dia ni merendah diri dengan makan makanan ruji masyarakat China, dan sebagainya. Malah, tak kurang juga yang jadikan perkara tu isu, dan ejekan.
Salah satu kumpulan yang buat tunjuk perasaan dah guna perkara ni untuk lambangkan masalah pampasan yang diorang tuntut dari kerajaan. Dalam banner tu diorang tulis:
“Pengerusi Xi, saya mahu makan baozi”. Imej dari twitter
Malah, perkara tu kemudiannya viral dalam internet. Serius tak seriusnya perkara ni, ada sorang netizen dari Shangdong dipenjarakan 22 bulan lepas disabitkan kesalahan “memilih pertengkaran dan menimbulkan masalah” masa dia panggil Presiden China Xi Jinping tu sebagai Xi Baozi atau “Xi si Roti Kukus”. Penalti maksimum untuk jenayah mengejek macam ni adalah lima tahun penjara. Selain tu, dalam bahasa Cina, nama ni ada konotasi yang tak baik untuk negara, yang membawa maksud kemiskinan. 
Dia cuma nak makan dengan tenang. Imej dari cginasmack.com
3. Haramkan huruf ‘N’ selama beberapa hari
Biasanya, korang mesti pernah dengar mat saleh kata, “Don’t use the N word”, lebih-lebih lagi kalau korang terserempak dengan warga Afrika. Rasanya kita semua tahu panggilan kasar dan boleh bawa gaduh, sebab ia menggambarkan diskriminasi terhadap dorang disebabkan perhambaan kaum ni pada abad ke-18. Panggilan ni adalah satu alat psikologi yang banyak digunakan oleh peniaga dan pemilik hamba untuk kacau mental orang kulit hitam ni.
Baru je bulan lepas, China juga nampaknya dah haramkan huruf ‘N’ kat Weibo dan WeChat. Tapi, bukankah populasi terbesar China merupakan kaum Cina? Jadi apa yang menyebabkan dorang mengharamkan sebiji huruf ni?

Tak, takde kaitan langsung dengan bangsa Afrika, tapi ia sekali lagi adalah kata-kata menghina terhadap kerajaan China, dan sekali lagi untuk kurangkan kritikan terhadap Xi Jinping tu sendiri. Ada spekulasi mengatakan ia boleh dianggap sebagai tanda perbezaan pendapat. Malah kalau dorang search juga huruf N kat Weibo, dorang akan dapat mesej “Content Is Illegal!”.
Sebenarnya, ada beberapa teori yang dikemukakan oleh beberapa pengkaji politik China. Salah seorangnya adalah Victor Mair, seorang profesor Bahasa dan Sastera Cina di University of Pennsylvania. Dia kata kerajaan mungkin takut yang “n” merujuk kepada bilangan istilah jawatan, seperti dalam persamaan matematik n> 2.
Formula matematik ni korang jangan tanya kitorang, boleh?
Manakala pendapat CA Yeung, iaitu blogger China yang menetap di Perth pula, dia menyatakan yang maksud “N = infiniti”, yang bermaksud tanpa had – merujuk kepada kuasa presidennya yang bakal memerintah sampai hujung nyawa.
Selain tu, huruf N tu juga berkemungkinan membawa maksud “NO”, atau “TIDAK” dalam pilih Yes/No.
“Anda tidak boleh memilih N dalam item pilih (Y/N) selagi anda masih tinggal di China.” – menurut seorang pemilik akaun Twitter, Kasumi Shen.
Imej dari Twitter
Tapi, pengharaman untuk huruf tu sekejap je, iaitu cuma selama 3 hari pada minggu lepas.
4. Haramkan perkataan ‘Animal Farm’ yang datangnya dari buku tahun 1945
Perkataan ‘Animal Farm’ yang dimaksudkan ni bukanlah permainan online Farmville yang korang main tu, tapi merujuk kepada sebuah buku dengan tajuk yang sama, tulisan George Orwell. Buku tu diterbitkan pada Ogos 1945 di London.
Lambang Soviet yang ada kat tengah-tengah khinzir tu. Imej dari amazon
Ia mengisahkan tentang seekor khinzir tua yang mengumpulkan semua binatang di sebuah ladang. Dia pun cerita la yang dia ada impian untuk hidup di dunia di mana semua haiwan hidup bebas daripada kezaliman tuan mereka, iaitu seorang manusia.
Khinzir tua tu kemudiannya mati tak lama lepas tu. Tapi, apa yang disampaikan oleh khinzir tersebut nampaknya terkesan di hati semua binatang yang lain. Jadi, kesemua binatang tadi merancang untuk membuat pemberontakan terhadap tuan manusia mereka. Buku ni sempat difilem dan dianimasikan.

Mungkin macam buku cerita biasa je, tapi sebenarnya cerita tu mencerminkan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Revolusi Rusia 1917, dan kemudian ke era Stalinisme. Penulis buku tu, Orwell adalah seorang sosialis demokratik dan pengkritik Joseph Stalin yang bencikan Stalinisme. Baginya, pemerintahan Soviet ni adalah sebuah pemerintahan diktator kejam, dibina atas kultus keperibadian dan dikuatkuasakan oleh pemerintahan keganasan.
Boleh baca kat sini, apa yang terjadi masa Revolusi Rusia 1917. Imej dari Soscili
Selain Animal Farm, angka “1984” pun diharamkan, atas sebab yang sama, iaitu novel penulisan George Orwell dengan tajuk tu.
Dan, ini jugalah apa yang nak disampaikan oleh rakyat China. Mungkin kerajaan takut yang rakyat dorang akan buat pemberontakan yang menjatuhkan negara tembok besar tu. Jadi, sebab tu ideologi macam tu terus kena banned.
5. Malah, tak boleh taip beberapa perkataan berunsur menjatuhkan kerajaan
Sejak tahun 2002, Google, dan senarai laman web yang berkaitan dengan Google dah diharamkan kat China, dan digantikan dengan Baidu. Bukan web carian tu je, beberapa media sosial lain pun dibanned terus daripada negara komunis tu macam Facebook, Instagram, Snapchat, dan macam-macam lagi. Tapi, takde masalah sebab kerajaan China kemudiannya gantikan pulak dengan website dorang tersendiri macam Weibo, Youku Tudou, dan macam-macam lagi.
Malah, saham Baidu, iaitu “Google untuk negara China’ sendiri pun adalah yang tertinggi di negara tu. Imej dari bloomberg.com
Masa ura-ura pasal Presiden Xi Jinping bakal dijadikan sebagai pemimpin seumur hidup lepas dia habis penggal kedua, iaitu pada tahun 2023, ramai netizen China yang membincangkan perkara ni sejak beberapa minggu yang lepas lagi. Disebabkan perkara tu, kecoh la kejap kat media sosial China pasal kuasa mutlak presiden ni, dan netizen pun sah-sah la akan berbincang pasal hala tuju negara dorang.
Selain daripada bergossip macam mak cik bawang kat tempat kerja dan tepi jalan, antara tempat perbincangan dorang adalah di Sina Weibo. Apa Sina Weibo ni? Kalau kita ada mikroblog Twitter, China punya Sina Weibo la. Kalau korang nak viralkan sesuatu, korang mesti pakai ‘hashtag (#)’, kan? Macam tu juga la dengan Sina Weibo.
Mana lagi banyak bash orang? Imej dari techinasia
Disebabkan kekecohan yang berlaku ni, laman web pemantauan penapisan negara tu, iaitu China Digital Times dan Free Weibo pun terpaksa sensor beberapa perkataan yang maksudnya betul-betul sangat jelas, macam:

I don’t agree
migration
emigration
re-election
election term
constitution amendment
constitution rules
proclaiming oneself an emperor

50 Cent Party, antara kekuatan di sebalik kehebatan Presiden China
Korang juga mesti kagum gila, “Wahh, tangkas betul pemantau ni buat kerja sampai boleh tahu aktiviti rakyat China buat apa dalam internet”. Memang hebat, sebabnya China tak hire 100 hingga 200 orang, tapi lebih daripada dua juta orang di China bekerja sebagai pemantau aktiviti web untuk kerajaan. Jadi, korang boleh gambarkan tak macam mana negara tu kawal netizen mengendalikan media sosial dan internet?
Pemantau ni pula digelar “50 Cent Party”, iaitu nama samaran yang dicipta untuk pemantau dan pengulas internet yang dibayar murah oleh kerajaan untuk menyiarkan mesej yang menyokong kedudukan kerajaan. Kira cybertrooper kerajaan China la ni.
Ni namanya 50 Cents in the party. Takde kena mengena dengan cybertrooper China. Imej dari fashionbook
Kerja 50 Cent Party ni ialah dorang kena kumpulkan dan analisa pendapat orang ramai kat laman web (paling senang, Sina Weibo) dan kemudiannya susun laporan untuk buat keputusan – mungkin benda ni termasuklah banned beberapa perkataan yang dirasakan boleh menimbulkan ketegangan, atau kebangkitan rakyat yang menentang kerajaan di China. Malah, pemantau ni akan sekat  kesemua perkataan tu dekat web carian dan juga kesemua media sosial.
“Maaf, kandungan itu melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan atau syarat perkhidmatan Weibo.” – mesej Weibo.
Diorang ni lebih kurang macam ‘mata-mata’ kerajaan yang kawal internet, untuk kesejahteraan kerajaan. Jadi, mana-mana post yang berbaur isu-isu sensitif politik seperti rasuah akan dipadam secara berutin.
Tapi, walaupun bermacam-macam perkara yang Xi Jinping dah banned, tak dinafikan yang dia banyak buat pembangunan ekonomi kat China macam apa yang kita nampak sekarang ni.
Cita-citanya untuk menjadikan China sebagai negara ekonomi kedua terbesar di dunia
Disebabkan pegangan komunisme, China selama ni mengamalkan dasar pintu tertutup. Tapi bila kerajaan China mula sedar dengan dunia yang semakin maju kehadapan, dorang akhirnya amalkan ‘dasar buka pintu’ untuk jadi sebahagian daripada ekonomi global. Bukan setakat dorang dapat kejar apa yang dorang ketinggalan selama ni, tapi China pada hari ni merupakan antara peneraju ekonomi paling ke hadapan di dunia.
“When one door closes another door opens”
Masa lima tahun pertama pemerintahan Xi Jinping, dia pernah adakan kempen anti-rasuah secara besar-besaran terhadap pemimpin perniagaan dan pegawai tertinggi. Malah, dia juga menyebabkan kegawatan ekonomi dan masalah pasaran saham yang teruk sampai menyusahkan rakyat, dan kejatuhan mata wang China yang menyumbang kepada kejatuhan pertumbuhan ekonomi negara.
Walaupun pernah melalui pelbagai kegawatan, negara ni nampaknya bangkit beberapa tahun yang lepas, membolehkan mata wang China lebih berasaskan pasaran. Ini juga membolehkan orang asing melabur dalam pasaran saham tempatan China. Malah, matawang China (Yuan) digunakan oleh negara Zimbabwe yang mengalami hiperinflasi sebagai salah satu matawang sah dorang.
Imej dari knowyourmeme
Malah pada tahun 2013, presiden Xi Jinping pernah mencadangkan mewujudkan rangkaian landasan keretapi, jalan raya, saluran paip, dan macam-macam lagi untuk menghubungkan China dengan seluruh Asia, termasuk Malaysia. Inisiatif ni la yang kita kenali dengan One Belt One Road (OBOR) yang bertujuan untuk mewujudkan platform terbesar di dunia untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan yang akan memanfaatkan ramai orang, terutama sekali China sendiri.
Source: Sos Cili

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here